Saturday, October 16, 2010

Ponteng ......tapi dirumah.....

Salam.....
Bulan- bulan terakhir persekolahan memang sibuk. Sampaikan nak buka internet pun tak sempat tambhan pula budak nak periksa ni. Fenin makcik. Minggu lepas juga telah diadakan mesyuarat PIBG sekolahku. Menjadi salah seorang ahlil jawatankuasa memang terpaksa hadir. Seminggu tu juga aku balik jam 5 setiap hari. Fenat. Bukan ini yang aku nak ceritakan tapi .....

Semasa GPK ku membentangkan masalah sekolah......
"masalah yang dihadapi oleh sekolah sekarang ni adalah ponteng. Pelajar ni ponteng tapi berada dirumah."

Seorang ahlijawatankuasa PIBG telah mengangkat tangan dan bertanya
"Cikgu, bagaimana nak buat kalau hal ni terjadi?
Anak saya ni, memang betullah ada kat rumah dia memang tak merayau.
Pagi-pagi saya dah kejutkan, dia bangun dan mandi, jadi saya pun pergilah ke kebun, bila balik dia ada kat rumah. Saya nak buat macammana takkan nak marah?"

Dalam hatiku payah juga ni, anak sendiri pun tak boleh kawal(ya Allah ampunkan dosaku, jangan mengata nanti aanakku pulak jadi gini)

GPK ku menjawab
"encik carilah bomoh ke yang boleh bagi dia air jampi tak pun ubat -ubat minda ke yang ada kat pasaran mana tahu ada kesan."

Betul juga sebab kalau nak nasihat, GPK ku memang tak ada anak. Kami pula ahli jawatan kalangan guru semuanya muda-muda anak pun baru umur 3 tahun rasanya tak layak nak bagi nasihat.

Tapi, yang saya nampak
1. Ayah turut sangat kata anak.....tak pergi sekolah pun diam aje.suka hati kau la budak.
2. Komunikasi juga mungkin kurang, ayah tak tanya masalah anak. tak selami hatinya....
3. Tiada kata-kata semangat kenapa kena pergi sekolah dan sebagainya.....

Akibatnya...
bila cikgu rotan pun tak beri kesan sebaliknya.....
"Saya tak pergi sekolah mak ayah saya tak marah pun, cikgu pulak sibuk"

ko nak cakap macammana......tak terkedu?

kalau kita dulu....
Tak pergi sekolah mak membebel sepanjang hari
pastu kene buat kerja -kerja berat terutama jaga adik(sapa suh tak pergi sekolah)

Akhirnya
daripada kena jaga adik baiklah pergi sekolah....
lambat pun lambatlah

saya terfikir
ni baru tahun 2010
nanti zaman anak-anak membesar lagi banyak cabarannya....

jadi
sentiasalah berdoa
kan ada banyak doa-doa untuk lembutkan hati anak.
bacalah daripada sekarang
"Ya Allah kau pandukanlah kami ke jalan yang benar. berilah belas kasihanmu terhadap kami".

TELEVISYEN DAN ANAK-ANAK


Semua yang tertulis di sini adalah pemerhatian saya terhadap anak saya sendiri dan bukan kajian ilmiah mana-mana.Sekiranya kaedah yang digunakan sesuai maka gunakanlah dan ubahsuailah mana yang perlu.

Aku mula mengurangkan hobi menonton televisyen sejak anakku lahir malah setelah ada yang kedua ni lagilah nak buka facebook pun dah tak sempat. Aku juga mendengar keluhan ibubapa tentang anak-anak mereka yang gemar menonton televisyen terutama saluran kartun Ceria dan sebagainya. Kadangkala mak ayah turut terpaksa menonton kartun kegemaran anaknya walaupun berulang kali. Aku dan suami dah ajar anak jam 7 mesti tutup  tv. Memang dipatuhi . Rancangan kegemaran kita sendiri pun terpaksa ketepikan. Pukul 8 suamiku tengok berita. Dia nangis juga nak tengok tv tapi katakana padanya jam 8.30 nanti baru boleh. Bila dah 8.30 dan ayahnya dah pergi ke masjid barulah di buka cerita kartun untuknya.Kadangkala dia awal-awal dah suruh ayahnya pergi masjid sebab nak tengok kartun.

Selepas ayahnya pulang dari masjid selalunya aku dah tidur, maka suamiku akan mengajaknya tidur. Suamikulah yang melayannya berbual dan menyanyi untuknya sampailah dia tertidur. Kini, anakku sudah mengaji , kalau dia tak nak mengaji memang tak boleh tengok tv jadi dia akur.

Apa yang aku perhatikan, kadangkala anak-anak dia bukan nak tengok tv sangat tapi sebab kita takda masa nak layan dia sebab tu dia tengok tv saja nak perhatian kita kadangkala berebut saluran tv. Jadi ibu bapa kena kurangkan hobi tengok tv dan layanlah kerenah anak tu. Memang leceh kadangkala tu.Tapi kena ingat juga esok bila tua ntah-ntah kita lagi banyak kerenah,  dah anak tak nak layan . Sapa yang susah”mereka dan keluarga mereka juga”.
Moralnya luangkan masa berkualiti untuk anak anda….

Anakku sudah berperasaan.....


Najwan sudah berusia 3 tahun 5 bulan. Dia sudah berperasaan. Dia sudah memahami apa yang orang perkatakan tentangnya. Aku mula perasan semasa masih berhari raya yang lepas. Seorang budak perempuan berusia 5 tahun telah datang ke rumah dengan berpakaian raya, bersanggul comel telah berkata kepada anakku” pakai baju buruk, pakailah baju raya”. Anakku diam tapi kemudiannya telah pergi kepada suamiku dan berkata”ayah esok kita pergi raya kita pakai baju raya ye”. Aku tersenyum. Kemudian datang seorang budak lelaki jiran lama melawat. Budak lelaki ini berusia 4 tahun. Dia melihat permainan anakku dan berkata”sikitnya mainan dia, mainan kita lagi banyak”. Kemudian anakku pergi kepadaku dan bertanya” ibu mainan najwan tak de, Najwan nak cari mainan lagi yang ayah simpan atas almari”. Aku senyum lagi. Anakku sudah berperasaan. Dua hari lepas semasa aku memandikan adiknya, Hady, adikku atau makcik kepada Najwan telah bertanya”Najwan dah mandi?”. Anakku bertanya kepadaku”Ibu, Najwan dah mandi ke belum?”(sebab kadang-kadang dia tak dapat bezakan mandi malam dan mandi pagi). Aku jawab “belum”. “Najwan busuk” balas makciknya. Dia terus minta ayahnya mandikan dulu sebelum pergi ke kedai. Aku tersenyum anakku sudah berperasaan. Anakku sudah besar dan semakin mengerti. Itu anak lelaki kalau anak perempuan tak tahu la bila dia mula berperasaan.
Persekitaran kawan-kawan juga mempengaruhi anak kita. Jadi pandai-pandailah kita sebagai ibu bapa nak menerangkan sesuatu perkara.....

Saturday, August 21, 2010

Walker no walker....

Walker..... kalau semasa adikku kecil dulu emakku selalu sebut kerusi bulat.. apa apa saja yang penting sama je kedua-duanya.


Walker menjadi sangat penting pada ibu-ibu.
1. Katanya senang sikit nak buat kerja.
2. ada yang kata nanti budak akan cepat berjalan


Menurut pembacaanku yang ditulis oleh Dr Laili, beliau melarang penggunaan walker. Menurutnya budak akan tertinggal step yang sepatutnya dia lalui contohnya merangkak. Kesannya anak pelat dan sering kencing malam.
Kita sepatutnya membiarkan anak-anak menggunakan psikomotornya dengan optimum.


Semasa anak pertamaku, memang tak kuberi walker sebab kawanku selalu pesan begitu. Setelah aku baca tulisan Dr Laili baru aku faham kenapa.Pemerhatian yang kubuat anakku memang tidak pelat.Tapi ada kawanku kata kenyataan itu tak valid kerana anaknya yang perempuan naik walker tapi tak pelat pun. Cuma anaknya yang lelaki sahaja yang pelat. Nanti aku akan cuba buat pemerhatian lagi. Satu yang ketara bila anak-anak yang naik walker jalannya jinjit macam orang geli. betul tak?


Aku akan buat pemerhatian lagi...anak keduaku ini juga tidak menggunakan walker. Kalau ada idea atau pengalaman tentang membesarkan anak kongsikan bersama saya......

Anakku nakal.......kenapa?

Salam.......sudah hampir 2 minggu kita berpuasa. Semoga sentiasa menambah amalan dari sehari ke sehari.
Topik saya hari ini tentang anak nakal. Kenapa kadangkala kita tengok mak ayahnya cikgu tapi anaknya tak menjadi.Bapanya imam tapi anaknya hantu.Bapanya sembahyang pun tak pernah tapi anaknya bagus pula.Betullah dalam lagu kumpulan Raihan iman tak dapat diwarisi.


Ada rakan ku berkata, mendapat anak yang baik ni nasib katanya. Iye ke? dalam hati bukan ibu bapa ke yang mencorakkan anak?


Baru-baru ini seorang rakan saya bercerita, katanya anaknya sebelum ini nakal. tapi sekarang dah slow sikit. Katanya dia bertanya kepada orang tua-tua dan dia dah dapat jawapan. Puncanya pada dirinya sendiri!!!!Kenapa? tanya ku. kawan ku tu baik je.


Katanya mungkin hatinya belum cukup bersih. Dia cuba buang segala sifat yang tak baik dalam diri. Mohon pada Allah sekarang dia nampak perubahan pada anaknya. Dia juga berpesan, bila kita mengajar budak jangan sesekali mengata budak itu, bodohla, nakalla nanti Allah akan balas. Kita kena diam dan cakap perkara yang baik-baik sahaja. Sebab itu bila kita mengandung kita takut untuk berkata sesuatu takut terkenan.


Teringat pula semasa aku mengandung anak kedua ini.Seorang pelajarku nakal. Kakak dan abangnya baik sahaja dan putih- putih belaka.Tiba tang dia gelap dan nakal. Aku selalu berkata kepadanya"cuba kamu tanya mak kamu dia jumpa kamu kat mana? berbeza sangat dengan kakak dan abang kamu". Itulah ayat yang aku selalu ulang bila dia menunjukkan keengkaran pada arahanku. Anakku keluar gelap . Terlintas tentang budak tu.Allah beri aku cash agaknya.Tapi tak kisah sangat sebab emakku pun memang itam manis.


Jadi, moralnya jika anak kita nakal, jahat, menyakiti hati kita janganlah marah padanya seratus peratus. Sebaliknya lihat diri kita .Adakah hati kita cukup bersih?tak mengumpat orang?, tak bergaduh dengan jiran? ada ambil barang orang? ada mengata anak orang? Sebab tu orang dulu kalau anaka ada masalah mak dia mesti cakap"Ya Allah apala dosaku" tapi kalau sekadar cakap tapi tak muhasabah diri tak guna juga ye....


Berkat Ramadan ni, muhasabahlah diri selalu dan maafkanla orang sekeliling kita.......
Anak anda nakal????????

Saturday, August 14, 2010

Bila nak ajar anak mengaji ni?????

Pertama sekali aku mengajar anakku yang sulung mengaji ketika usianya genap 3 tahun bulan Jun yang lalu.

Malam pertama: dia tak nak baca…..melalak tak henti-henti.suami ku pesan kalau najwan baca , akan dapat minum susu. Kami biarkan dia menangis sampai satu tahap dia tak tahan.Dia minta susu dan ayahnya ajarkan baca iqrak dengan mudahnya dia menyebut.Maka dapatla dia susu malam itu.
Malam kedua: Selepas solat maghrib ayahnya bertanya, “Najwan nak susu?” “Taknak” jawabnya. Dia pun mainla lorinya.Kami pun pergi makan nasi, rehat, tengok tv. Sampai masa dia nak susu apa lagi ayahnya pun sua lah iqrak terpaksa dia baca.

Malam ketiga: Sama seperti malam pertama, moodnya tak baik maka melalakla dia.Tapi walau macammana pun kita sebagai ibu dan bapa kene keras hati sikitla.Tahan telinga dengar dia nangis.Tahan hati lihat dia guling2.Tak da pilihan dia akan ikut cakap kita.

Malam seterusnya dia dah faham .Maka tiada paksaan lagi dan menakjubkan dia mengingati setiap huruf dan setelah dua bulan sudah sampai ‘ra’.Oklah tu.sehari sebaris.

Buat ibu-ibu muda macam saya. Kita kena banyak sabar.memang dia takkan duduk diam semasa mengaji kadang-kadang sambil baring, sambil main, sambil meniarap.tapi kene sabar dan jangan pukul dia.anak-anak ni dia tak faham lagi.Saabarrrrr banyak-banyak! Dan kerjasama daripada ayahnya juga sangat penting.Ibu dah sibuk dengan anak kecil jadi ayahlah perlu main peranan.masa seronok bersama dan masa begini pun harus bersama.Bagaimana pengalaman anda?adakah sama seperti saya????? 

Friday, June 4, 2010

Demam,gangguan @cuaca?????

Salam.....
Pada minggu lepas atau 2 minggu lepas aku telah berbual dengan seorang jiranku. Katanya ada jiranku yang akan berpindah ke rumah mertuanya. Aku agak terkejut kerana jiranku itu baru beberapa bulan tinggal dikejiranan kami takkan nak pindah?
Katanya rumah yang didudukinya keras...
Kataku memang keras dah buat daripada batu......
Katanya anaknya dah 7 kali demam sejak duduk di sini...
Kataku bulan lepas bukan musim demam ke.anakku pun asyik demam je.kat klinik penuh dengan kanak-kanak yang demam sahaja....
Katanya entahla......
2 hari kemudian suamiku berbual pula dengan suami kepada kakak yang aku berbual tu.
Kata suaminya, aku dah mintak tangkal supaya anaknya tidak demam.....

Aku dan suamiku hanya diam sahaja sebab kami kurang sikit nak percaya kat tangkal2 ni.jin tu memang adalah tapi takanla sampai bertangkal2 takut hati terpusing percaya tangkal malebihi kuasa Allah dah bahaya ni.Nauzubillah.
Aku cuba dapatkan penjelasan daripada segi sains tentang demam ni
Sebenarnya sel dalam badan kita sentiasa mati ketika mengeliat dan bersin dan mungkin ada lagi.
Jadinya sistem imun badan kita pun adakalanya akan menurun ditambah pula kita menghadapi kekurangan air  dan vitamin dalam badan sebab itu suhu badan mula naik dan terjadilah demam.
Untuk memulihkan sel2 tersebut kita perlulah minum air dengan banyak dan buah-buahan atau tambahkan vitamin c.
Rumah yang dikatakan keras pula disebabkan pengaliran udara yang tak sempurna yang menyebabkan panas dan menyebabkan badan kita boleh demam juga.
Terima kasih kepada cikgu Hafiz atas maklumat ini.Kalau tersalah tolong betulkan saya.

Saya bertanya pula pada ustaz Nordin.....
Apa kaitannya demam dengan gangguan?????
Katanya jin telah masuk ke dalam badan kita dan mengganggu sebab itulah kita demam.Katanya jin bleh menyerupai apa2 saja dan dalam sains jin itu dipanggil virus. Bila makan ubat jin rasa panas dan dia pun keluar.
Katanya lagi demam juga boleh disebabkan oleh makanan dan ujian daripada Allah.
Bila saya ceritakan tentang jiran saya itu, ustaz berkata kalau tak sesuai memang perlu pindah, kalau beli rumah rasa tak sesuai pun kene jual dan kalau beristeri tapi isteri macam tak bawa untung juga boleh berpisah. Tapi kataku kesiannya!!!!!kalau taknak berpisah maka kene banyak-banyak buat amalan yang mulia sedekah and so on.

Cuaca, kata ustaz tidak mempengaruhi apa2.emmm
Tapi kata ustaz kalau anak ke sesapa ke demam banyak2la baca alfatihah hembus dalam air dan minum Insyaallah......

Emmm kawan-kawan rasa macammana?Ini adalah maklumat yang saya dapat daripada Ustaz Nordin kalau cerita saya ada terkurang atau lain daripada apa yang ustaz cerita.minta maaf ye. Kalau kawan-kawan ada fakta lain kongsi-kongsilah.....

Monday, May 31, 2010

Anak orang itu adalah adikku.....

Macammana ingin aku jelaskan.....
tertutup rapat bibirku,...hanya hati yang berkata-kata,
hanya mata kecilku semakin garang,
dahi mula mengerut,
dada mula berombak, nafas mula tercungap-cungap,
fikiran mula melayang, memikirkan kenapa?bagaimana?apa?dan kenapa semula.
Adikku, 
kita sudah ada perjanjian kenapa mungkiri?
kenapa merobek kepercayaan yang kakak beri?
kenapa masih tak berubah?
Adikku,
kakak sangat kecewa,
kakak sangat sedih,
kakak memeliharamu dengan niat sedekah,
hanya ingin membalas jasa mak dan abah,
hanya sehingga kau boleh berdikari....pergilah cari kehidupanmu sendiri...
tiada apa yang kakak harapkan daripada mu...adikku..
Kau memberontak......
kebebasan disekat......tapi sedar tak apa yang kau nikmati kini?
Kakak tak minta bayar apa yang ada sekarang cuma....
ubahlah sikap...ikut apa yang kita persetujui bersama....
hanya untuk setengah tahun lagi.....
kemudian...bebaslah kau kemana jua...tak akan ku ganggu takkan ku peduli ....
jika kau pulang ke rumah jam 5,6 pagi....jika kau tak bangun solat subuh....
jika kau nak ke mana sekali pun
Kakak dah lakukan yang terbaik untuk adik- adik 
pastinya lebih baik daripada apa yang mak dan abah dapat beri
Jadi hargai lah......
Anak orang itu adalah adikku.....

Friday, May 28, 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Anakku......

Sorotan.................

28 Mei 2007 - Kau dilahirkan anakku di Hosp Seremban dengan cemasnya!
                       Kau di vakum setelah lama ibu bertarung nyawa...
Kepalamu benjol dan dimasukkan ke dalam incubator selama 3 hari. Kaulah bayi paling besar di wad itu 3.8 kg.
Ayah dan ibu namakanmu Ahmad Najwan yang bererti Kemenangan.

Eemm menjagamu sewaktu kecil amat mencabar.....Najwan asyik menangis sahaja. Bila dipangkuan baru diam. Ibu dan ayah bergilir-gilir memangkumu sampaikan ibu banyak kali demam sewaktu dalam pantang.

Penyelesaiannya "Buai Elektrik" baru ibu dan ayah boleh berehat dan boleh buat kerja lain.
Hari semakin hari kau semakin membesar...Setiap momen penting bersamamu kami rakamkan.

Setahun berlalu........kau membesar dengan sihat dan comel.Ibu dan ayang bangga bila Najwan sudah boleh berjalan pada usia 1 thn 1 bulan.

Dua tahun kemudian....kau semakin bijak...

     
Tiga tahun dah.....Ibu dan ayah bangga. Najwan sudah bersekolah, pandai menyanyi, boleh tolong ibu, pandai main dengan adik cuma garang je sikit.
Ibu dan ayah sentiasa berdoa daripada Najwan dalam kandungan lagi supaya jadi anak yang baik, soleh. Ayahmu ingin kau menjadi ustaz tapi ibu tengok Najwan suka nyanyi , lagu Cari Jodoh- Wali Band pun dah hafal macammana ni????eemm jadi ustaz serba boleh ye!
Akhir Kalam.....Selamat Hari Lahir yang ketiga sayang!!!!!

                                                                                                                               daripada,
                                                                                                                               Ibumu....

Saturday, May 22, 2010

Cinta anak gadis vs lelaki lombok

Terbaca kisah tentang gadis Malaysia dilarikan ke Lombok dan berusaha untuk di bawa pulang.Eemmm kalau saya bagi pendapat mesti ramai yang marah ni...

Aku berpendapat biarkan sahaja tak payah di bawa balik sebab dia(gadis)tersebut lari kerana cinta dan kerana cinta lautan api sanggup diredahi maka biarkan saja.mesti ramai yang kata itu bukan anak saya maka mudahlah cakap.Memang bukan anak saya dan pada pendapat saya orang Lombok ni lebih bermaruah daripada orang kita.Kenapa?????

Kebanyakan kes yang dilaporkan lelaki-lelaki ini mengahwini wanita tersebut.Ok la tu maknanya mereka masih tahu hukum hakam. Yang perlu ditakuti adalah lelaki melayu kita yang menoda anak gadis sewenangnya dan ditinggalkan begitu sahaja. Kadangkala bersekedudukan. Lepas tu mengandung dan macam-macamlah komplikasinya termasuk buang bayi.

Yang mana yang kita nak?yang mana lebih baik?fikir-fikirkan!!!!!!!

Tuesday, May 18, 2010

Anak muridku oh anak muridku.....

17 mei sambutan Hari Guru di sekolah.

Pagi - diarak,dikompangkan....bedebuk bedebak......
Main futsal bagi cikgu lelaki...
Main bola baling bagi cikgu perempuan
emm belasahlah setahun sekali main....
11.30 kot - Mula bab persembahan.....ok la...pelajar je la yang buat persembahn
Gedebuk gedebak.......
Anugerah cikgu popular bermula
Aku dapat Anugerah Cikgu yang suka buat lawak....tak lawak langsung dan memang lawakla pada aku ..bolehla kot test masuk raja lawakla taun depan...sah memang tak layak...

1.00 petang siap semuanya....budak pun balik dan cigu pun menjamu perut yang dah berkeroncong sejak dari pagi spare sebab nak main pastu sbb nak makan sedapla..emm menjilat pingganla juga...

Tengah makan dapat berita....
Anak murid accident tak jauh dari sekolah...Astaghfirullah...
Tertanya -tanya siapa?....macammana berlaku?.....teruk ke?......
Terbantut nafsu(sebab dah kenyang sebenarnya)ku cuci tangan dan membungkus kek hari guru yang ditinggalkan...

Rupanya yang accident anak muridku tingkatan 1 yang kecil dan bermulut murai.Katanya melambung tinggi masuk dalam longkang.Masa tu (kata saksi-saksi kejadian)pelajar tersebut pengsan. Abangnya tingkatan 3 yang menunggang hanya cedera ringan sahaja.

Hari ini khabarnya di bawa ke Hospital Johor Bahru.Harap tak ada apa-apa...
Mungkin teruk juga. Dengar ceritanya pelajar tu buat u-turn kat jalan raya sebab nak ambil songkok yang dah jatuh.Sah la tak pakai helmet.muridku...oh muridku dah selalu sangat dah pesan berhati-hati di jalan raya...pakai helmet.

Apapun semoga selamat semuanya...TRAGEDI DI HARI GURU!!!!!(yang tak sedap didengo)

Thursday, May 13, 2010

Najwan

Pagi kelmarin...anakku wat hal.Bangun pagi ok je.Masa nak pergi sekolah dia taknak buka pampers, taknak pergi sekolah.Puas aku memujuknya tak nak juga.Katanya nak duk ngan Cik Amanlah ngan makcikla. Kataku Cik Aman dan Makcik pergi sekolah. Dia taknak juga. At last ayahnya dukung masuk dalam kereta.Apalagi melalakla.Aku diam aje.Melalak nak buka pampers kat rumah.
Akhirnya dia senyap juga.Ayahnya bersuara"ayah dah tanya najwan tadi kan?tapi najwan taknak juga",

Najwan menangis juga tapi akhirnya akur salah sendiri.
Tiba di taska aku terpaksa mendukungnya sebab dah merajuk dengan ayahnya.

Pagi tadi semasa dia masih tidur dan ayahnya mengejutkannya"Najwan bangun nak pergi sekolah ni, Najwan nak buka pampers kat rumah ke kat sekolah?'

Cepat-cepat dia jawab kat rumahlah ayah!

Jadinya dah takda masalah di waktu pagi lagi......

Moralnya.....jangan biasakan melayan kehendaknya....

Sunday, May 9, 2010

Susu tin ke susu ibu?

SUSU IBULAH.......
Terbaik...
terbaik.....
1. anak jarang sakit
2.rapat dengan anak hinggakan nak bangun malam pun anak cari(lemah tul-terbantut aktiviti)
3. kurus kut ibunya...
4. itu yang terbaik untuk perkembangannya....

Aku tak pernah ajar anakku minum susu guna botol walaupun dihantar ke rumah pengasuh.
Selalu orang tanya macammana nak ajar anak guna botol susu dia taknakla...
kalau maknya beri memangla dia taknak.dah terpaksa minum minum jugalah nanti.
jadi sebelum hantar kat pengasuh cakaplah kat dia apa2.walaupun anak macam tak paham tapi dia paham sebenarnya.Begitu juga nak brentikan minum susu badan aku hanya cakap saja kepada anakku dia faham dan akhirnya berenti sendiri.Mudahkan?

Wednesday, May 5, 2010

Pusar dikepala....boleh percaya ke?

Pusar satu dikepala katanya kurang nakal. Pusar dua dikepala katanya nakal sedikit. betulke?Anakku yang pertama pusar dikepalanya satu. Pada pemerhatianku orangnya lembut hati,garang juga tapi tidak lasak sangat.Seingatku dia tak pernah panjat grill pintu rumah seperti ada sesetengah budak.
Anak yang kedua Ahmad hady, berpusar dua dikepala. Semua kata dia agak lasak orangnya.Tak pasti lagi tengokla 2-3 bulan lagi. kita tengok benar ke pendapat orang tua-tua tu.Kalau pusarnya tiga????macammana ek!!!!

Tuesday, May 4, 2010

Asyik melalak jeee.......

Dulu semasa anak pertama baru lahir.Melalak je.Pada masa tu fikir sebab lahir pun vakum.Jadi kepalanya sakit.Oklah.Bergilir-gilir ngan ayahnya berjaga.Sebab bila letak bawah dia jaga.Bila digendong tidur.Begitulah sampai habis pantang.Kalau orang tua-tua ni gerenti cari air jampi. Tapi sebab aku dan suami dah moden jadi jampi sendiri je.Sampaikan aku demam-demamla penat jaga anak.Asalnya tak nak ajar naik buai tapi tak tahan kene pegang je, belilah buai.Dah ada buai kene enjut je,kalau berhenti dia melalak.Bergilirlah ngan ayahnya mengenjut.At last tak tahan juga beli buai elektrik.Lega.Pastu tido kene nyanyi pulak tu. Ibunya pun nyanyilah sampai takde suara last-last dah penat rakam kat handphone selawat suara ibunya(akula tu).Baru lega.Sekarang dah 3 tahun tak perlu buai dan nyanyi lagi.Tapi rupanya memang suka menyanyi.Agaknya masa kecil tu bukan nangis tapi nyanyi!!!!Alhamdullillah anak kedua tak kuat menangis pulak tapi bila dia nak tidur kene diam.Gitu pulak....Jadi janganlah fobia beranak lagi.

Sampah oh sampah....


Semalam, anakku yang tua Ahmad Najwan yang berusia 3 tahun bermain dengan makciknya. Bila anakku masuk ke bilik makciknya, ternampaklah plastic bungkusan makanan. Anakku bertanya makciknya”makcik ni sampah siapa yang tak buang ni?” makciknya tersipu-sipu malu.Aku pun apa lagi mengajuklah apa yang anakku katakan. Jadi apa yang aku dan suami praktikkan padanya berjaya. Sejak kecil lagi anakku telah disuruh buang sampah dalam tong sampah. Bila dia taknak suamiku akan pegang tangannya dan menyuruh anakku bawa sampahnya sambil dipimpinla.Akhirnya sampai sekarang pantang ada sampah pasti dia akan buang. Jadi aku kira bila pelajar-pelajarku suka membuang sampah merata-rata sebab tak diambil berat sangat. Aku pernah terbaca tentang kanak-kanak di Jepun dilatih mengutip sampah dengan cara mengikat plastic sampah dipinggang, bila ada sampah kena kutip. Lihat betapa serius dan displinnya mereka terhadap kebersihan. Malunya kita sebagai orang islam yang patutnya mementingkan kebersihan.Kadangkala ternampak kereta dijalanan yang sesuka hati melempar sampah. Kereta dah hebat tapi kesedaran sivik masih rendah.Betullah kata pepatah “melentur buluh biar daripada rebungnya”. Fikir-fikirkanlah……..

Monday, May 3, 2010

Anak demam....

Pening kepala bila anak demam.Ibunya sekali terasa nak demam. Tapi tak boleh, nanti sapa nak jaga anak.Anakku yang sulung selalu demam kadangkala tetibanya badannya panas.Ada satu ketika naik 39.5c. Apalagi cemaslah takut kene sawan tarik yang akan menyebabkan kecederaan otak. Nak makan ubat payah pulak tu apatah lagi nak jelum kepala di lapnya semula.Bila demam jadi garang pulak tu semua benda 'tak payah'!Tak tahu nak buat apa pergi farmasi cari ubat masuk kut bontot abis cerita. Tapi masalah pulak dia keraskan perut sampai ubat terkeluar semula. Terpaksala geletek perutnya.
Jadi, bagi yang ada anak kecil pastikanlah ada jangka suhu, ubat bontot dan selalulah mandikan bila demam. Tapi kalau mak mertua tahu ni bising. Katanya demam tak boleh mandi. Aku gaduh-gaduh ngan suami sebab mak dia kata tak yah mandi, aku kata kene mandi.Apa-apala labu janji demam kebah.

Wednesday, April 28, 2010

Jangan percaya!!!!!!!!!

Ambil semua ini sebagai pengajaran.....Jangan percaya kata-kata anak murid anda!!!!AMARAN KERAS!!!!!
Seperti semua maklum,aku memang mengajar pelajar yang kurang&tak tahu membaca+ nakal+bermasalah.Ada juga yang pasif. Tak adil pulak cakap semua...
Aku dah sediakan jadual(bukan sedia tapi sudah beritahu pelajar)yang mereka perlu datang pada hari tertentu dan waktu tertentu sahaja.
Pagi kelmarin aku dipanggil oleh seorang guru, katanya pelajar ini ponteng kelas alasannya ke kelasku!!!!Oh tidak hari tersebut bukan turn dia.Apalagi cikgu tu pun datanglah anging gilanya pelempang n rotanlah jawabnya. Sian dia tapi itulah akibatnya.
Aku masih mengajarnya seperti biasa tiada perasaan pun nak marah walaupun dia menggunakan namaku untuk MENIPU!!Aku cuma nasihatkan itu bukan perkara baik.Seperti ada pantu nasihat tu"siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong lama-lama mencuri"
Moralnya, kepada ibubapa kalau anak cakap cikgu rotan ke lempang ke mesti ada sebab.Cikgu pun bukan suka sangat menyakitkan tangan nak lempang tambah anak orang.Tapi nak mendidik.Betul tak cikgu!!!!!

Tuesday, April 27, 2010

Mengajar anak membuang air di tandas....

Ramai kanak-kanak yang telah boleh bercakap tetapi masih memakai pampers....saya agak pelik pada mulanya....setelah ditanya kebanyakkannya berkata malas, nanti bila anak kencing merata-rata penat nak mencucinya.Terutama bila berak kat atas karpet tak ke haru dibuatnya.Hantar dobi bayaran kira ikut kaki.Satu karpet sama harga macam beli baru.Tapi anak cina rata-rata umur setahun dah tak guna pampers.ramai pula yang menjawab cina tak semayang bang. Macammana?
Aku mula mengajar anak kencing di bilik air bila suatu hari aku ke farmasi untuk membeli ubat ruam lampin.Cina tu tanya padaku"anak umur berapa?'.aku menjawab setahun setengah."Aiyo sudah besar,apasal u tak ajar kasi kencing bilik air?umur lapan bulan sudah boleh ajar woooo.Dia tak mau u kasi pukul sikitla...itu sbb anak u ada ruam sebab pampersla".Balik tu setelah berbincang dengan suami.Yup mesti ajar anak buang air di tandas!
Perkara utama yang mesti dilakukan:-
1.semua karpet dan tikar mesti digulung
2.tak payah pakaikan pampers, setiap 2 jam bawa ke tandas samaada nak kencing atau tidak.MESTI!!!!!!
Begitulah seterusnya....tapi akan ada juga dia berak merata,kencing merata,jangan marah sebaliknya katakan nak kencing n berak mesti pergi tandas.
Ada suatu ketika setiap kali semayang maghrib anak mesti berak sebelah sejadah.
Banyak kali pulak tu.
Akhirnya sebelum 2 tahun dah tak pakai pampers.
Punggung takde ruam, duit pampers pun JIMAT!!!!!!!

Anak kedua.....

Dilema anak kedua???
Apa yang menyebabkan dilema bukan bayi tu tapi abangnya(anak sulung)
Tahap kejealesannya tinggi....Semasa aku membawa pulang baby kedua abangnya berkata"sian baby tu ibu ambil daripada hospital"......
Hari-hari dia kalau boleh nak lepuk adiknya...nak korek matalah...nak ciumlah kadangkala geram pun ada....tapi jangan marah dia...dia budak kecik lagi....nanti emosi terganggu pulak....
Satu hari dia cakap ayahnya tidak sayang padanya lagi,ayahnya hanya sayang adik je....dia nak lari dari rumah katanya....biar kete langgar.Bayangkan budak 3 tahun cakap gitu tak ke sedih hati...
Tapi setelah 3 bulan walaupun kadangkala masih jeles juga tapi dah kurang buat adiknya, dia dah dapat terima kenyataan.
Hari-hari katakan kita sayang kat dia.Nasihatkan supaya jangan buat adik...nasihat dan teruslah nasihat.Nyatakan sayang dan terus sayang...kadangkala...bawalah dia keluar bersama tanpa adiknya...Insayaallah dia akan jadi baik dan emosi kita pun tidak terganggu.

Saturday, March 13, 2010

SPM

Khamis lepas 11 mac keputusan SPM telah diumumkan.Adikku telah mendapat 5A.Amat membanggakan dialah satu2nya adik beradikku yang memang bijak sikit daripada yang lain walaupun memulakan persekolahan pada umur lapan tahun.kenapa?Masalah surat beranak yang dilengahkan oleh kedua ibubapaku.Aku mengambil SPM pada tahun 1998 dah lama dan dah semakin tua dah.Walaupun aku bukanlah bijak sangat tapi sebab aku rajin agaknya dapatlah pangkat satu aggegat 23. Lagi pun aku sedih sebab mak selalu kata adikku yang kedua lebih bijak daripadaku. Aku selalu sedih. Mak juga kata adikku itu akan hidup senang. Aku diam je.Tak pernah bercakap tentang diriku. Sebab tu aku berusaha bersungguh2.
Dulu nak ambil peperiksaan perlu bayar yuran.Ye! bertuah anak-anak sekarang kalau tak salah seratus lebihlah. Aku dibiaya oleh cikgu Biologi ku Pn Jaharah.Sekarang cikguku ini dah menjadi pengetua. Terima kasih cikgu.Tapi malangnya aku tak dapat tunaikan harapannya untuk mendapat aggregat 10. PMR ku pula dibiayai oleh sekolah. Betapa Allah sentiasa ada membantuku. Sehinggalah sekarang aku merasakan bahawa Allah itu sentiasa menjagaku. Apa amalanku? Rasanya macam orang lain cuma dari kecil aku tak pernah melawan cakap mak.Apa yang mak marah2 aku cuma diam .Bila makku membebel aku lipat kain.buat kerja rumah sampai dia diam. Aku rasa la.......

Tuesday, March 9, 2010

Sayang saudara....

Pagi tadi aku menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.Menarik. Katanya jika kita memutuskan silaturrahim rezeki akan sempit. Teringat masa kecil-kecil dahulu kehidupan sangat susah. Ibu saudara semua menjauhkan diri, datang ke rumah pun tidak dilayan. teringat juga suatu ketika semasa ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti meminjam duit daripada ibu saudara.Nak bayar yuran.Belum pun habis belajar dia dah minta pulangkan balik.Sedihnya....bertungkus lumus aku bekerja di kilang sarung tangan pada cuti semester untuk membayar hutang tersebut. Gaji hanya RM350 tak cukup nak bayar hutang sebanyak RM500. Disebabkan itu hubungan persaudaraan terputus. namun aku tak pernah berdendam. ketika anaknya berkahwin aku pergi dan menyumbang wang. Alhamdulillah.....semuanya baik.Begitu juga dengan mak-mak saudara yang tidak endah masa kecil kini peh layan dengan baik.kalau datang rumah mesti dihidangkan makanan.kalau tidak datang pasti tertanya-tanya.Begitulah manisnya kalau kita tidak berdendam. Tapi dengan bapakku payah sikitlah nak berbual sebab tak biasa. Tak pernah bencikan dia tapi tak juga dapat nak bermesra dengannya.Macammana tu erk?