Saturday, October 16, 2010

Anakku sudah berperasaan.....


Najwan sudah berusia 3 tahun 5 bulan. Dia sudah berperasaan. Dia sudah memahami apa yang orang perkatakan tentangnya. Aku mula perasan semasa masih berhari raya yang lepas. Seorang budak perempuan berusia 5 tahun telah datang ke rumah dengan berpakaian raya, bersanggul comel telah berkata kepada anakku” pakai baju buruk, pakailah baju raya”. Anakku diam tapi kemudiannya telah pergi kepada suamiku dan berkata”ayah esok kita pergi raya kita pakai baju raya ye”. Aku tersenyum. Kemudian datang seorang budak lelaki jiran lama melawat. Budak lelaki ini berusia 4 tahun. Dia melihat permainan anakku dan berkata”sikitnya mainan dia, mainan kita lagi banyak”. Kemudian anakku pergi kepadaku dan bertanya” ibu mainan najwan tak de, Najwan nak cari mainan lagi yang ayah simpan atas almari”. Aku senyum lagi. Anakku sudah berperasaan. Dua hari lepas semasa aku memandikan adiknya, Hady, adikku atau makcik kepada Najwan telah bertanya”Najwan dah mandi?”. Anakku bertanya kepadaku”Ibu, Najwan dah mandi ke belum?”(sebab kadang-kadang dia tak dapat bezakan mandi malam dan mandi pagi). Aku jawab “belum”. “Najwan busuk” balas makciknya. Dia terus minta ayahnya mandikan dulu sebelum pergi ke kedai. Aku tersenyum anakku sudah berperasaan. Anakku sudah besar dan semakin mengerti. Itu anak lelaki kalau anak perempuan tak tahu la bila dia mula berperasaan.
Persekitaran kawan-kawan juga mempengaruhi anak kita. Jadi pandai-pandailah kita sebagai ibu bapa nak menerangkan sesuatu perkara.....

No comments:

Post a Comment