Monday, May 31, 2010

Anak orang itu adalah adikku.....

Macammana ingin aku jelaskan.....
tertutup rapat bibirku,...hanya hati yang berkata-kata,
hanya mata kecilku semakin garang,
dahi mula mengerut,
dada mula berombak, nafas mula tercungap-cungap,
fikiran mula melayang, memikirkan kenapa?bagaimana?apa?dan kenapa semula.
Adikku, 
kita sudah ada perjanjian kenapa mungkiri?
kenapa merobek kepercayaan yang kakak beri?
kenapa masih tak berubah?
Adikku,
kakak sangat kecewa,
kakak sangat sedih,
kakak memeliharamu dengan niat sedekah,
hanya ingin membalas jasa mak dan abah,
hanya sehingga kau boleh berdikari....pergilah cari kehidupanmu sendiri...
tiada apa yang kakak harapkan daripada mu...adikku..
Kau memberontak......
kebebasan disekat......tapi sedar tak apa yang kau nikmati kini?
Kakak tak minta bayar apa yang ada sekarang cuma....
ubahlah sikap...ikut apa yang kita persetujui bersama....
hanya untuk setengah tahun lagi.....
kemudian...bebaslah kau kemana jua...tak akan ku ganggu takkan ku peduli ....
jika kau pulang ke rumah jam 5,6 pagi....jika kau tak bangun solat subuh....
jika kau nak ke mana sekali pun
Kakak dah lakukan yang terbaik untuk adik- adik 
pastinya lebih baik daripada apa yang mak dan abah dapat beri
Jadi hargai lah......
Anak orang itu adalah adikku.....

Friday, May 28, 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Anakku......

Sorotan.................

28 Mei 2007 - Kau dilahirkan anakku di Hosp Seremban dengan cemasnya!
                       Kau di vakum setelah lama ibu bertarung nyawa...
Kepalamu benjol dan dimasukkan ke dalam incubator selama 3 hari. Kaulah bayi paling besar di wad itu 3.8 kg.
Ayah dan ibu namakanmu Ahmad Najwan yang bererti Kemenangan.

Eemm menjagamu sewaktu kecil amat mencabar.....Najwan asyik menangis sahaja. Bila dipangkuan baru diam. Ibu dan ayah bergilir-gilir memangkumu sampaikan ibu banyak kali demam sewaktu dalam pantang.

Penyelesaiannya "Buai Elektrik" baru ibu dan ayah boleh berehat dan boleh buat kerja lain.
Hari semakin hari kau semakin membesar...Setiap momen penting bersamamu kami rakamkan.

Setahun berlalu........kau membesar dengan sihat dan comel.Ibu dan ayang bangga bila Najwan sudah boleh berjalan pada usia 1 thn 1 bulan.

Dua tahun kemudian....kau semakin bijak...

     
Tiga tahun dah.....Ibu dan ayah bangga. Najwan sudah bersekolah, pandai menyanyi, boleh tolong ibu, pandai main dengan adik cuma garang je sikit.
Ibu dan ayah sentiasa berdoa daripada Najwan dalam kandungan lagi supaya jadi anak yang baik, soleh. Ayahmu ingin kau menjadi ustaz tapi ibu tengok Najwan suka nyanyi , lagu Cari Jodoh- Wali Band pun dah hafal macammana ni????eemm jadi ustaz serba boleh ye!
Akhir Kalam.....Selamat Hari Lahir yang ketiga sayang!!!!!

                                                                                                                               daripada,
                                                                                                                               Ibumu....

Saturday, May 22, 2010

Cinta anak gadis vs lelaki lombok

Terbaca kisah tentang gadis Malaysia dilarikan ke Lombok dan berusaha untuk di bawa pulang.Eemmm kalau saya bagi pendapat mesti ramai yang marah ni...

Aku berpendapat biarkan sahaja tak payah di bawa balik sebab dia(gadis)tersebut lari kerana cinta dan kerana cinta lautan api sanggup diredahi maka biarkan saja.mesti ramai yang kata itu bukan anak saya maka mudahlah cakap.Memang bukan anak saya dan pada pendapat saya orang Lombok ni lebih bermaruah daripada orang kita.Kenapa?????

Kebanyakan kes yang dilaporkan lelaki-lelaki ini mengahwini wanita tersebut.Ok la tu maknanya mereka masih tahu hukum hakam. Yang perlu ditakuti adalah lelaki melayu kita yang menoda anak gadis sewenangnya dan ditinggalkan begitu sahaja. Kadangkala bersekedudukan. Lepas tu mengandung dan macam-macamlah komplikasinya termasuk buang bayi.

Yang mana yang kita nak?yang mana lebih baik?fikir-fikirkan!!!!!!!

Tuesday, May 18, 2010

Anak muridku oh anak muridku.....

17 mei sambutan Hari Guru di sekolah.

Pagi - diarak,dikompangkan....bedebuk bedebak......
Main futsal bagi cikgu lelaki...
Main bola baling bagi cikgu perempuan
emm belasahlah setahun sekali main....
11.30 kot - Mula bab persembahan.....ok la...pelajar je la yang buat persembahn
Gedebuk gedebak.......
Anugerah cikgu popular bermula
Aku dapat Anugerah Cikgu yang suka buat lawak....tak lawak langsung dan memang lawakla pada aku ..bolehla kot test masuk raja lawakla taun depan...sah memang tak layak...

1.00 petang siap semuanya....budak pun balik dan cigu pun menjamu perut yang dah berkeroncong sejak dari pagi spare sebab nak main pastu sbb nak makan sedapla..emm menjilat pingganla juga...

Tengah makan dapat berita....
Anak murid accident tak jauh dari sekolah...Astaghfirullah...
Tertanya -tanya siapa?....macammana berlaku?.....teruk ke?......
Terbantut nafsu(sebab dah kenyang sebenarnya)ku cuci tangan dan membungkus kek hari guru yang ditinggalkan...

Rupanya yang accident anak muridku tingkatan 1 yang kecil dan bermulut murai.Katanya melambung tinggi masuk dalam longkang.Masa tu (kata saksi-saksi kejadian)pelajar tersebut pengsan. Abangnya tingkatan 3 yang menunggang hanya cedera ringan sahaja.

Hari ini khabarnya di bawa ke Hospital Johor Bahru.Harap tak ada apa-apa...
Mungkin teruk juga. Dengar ceritanya pelajar tu buat u-turn kat jalan raya sebab nak ambil songkok yang dah jatuh.Sah la tak pakai helmet.muridku...oh muridku dah selalu sangat dah pesan berhati-hati di jalan raya...pakai helmet.

Apapun semoga selamat semuanya...TRAGEDI DI HARI GURU!!!!!(yang tak sedap didengo)

Thursday, May 13, 2010

Najwan

Pagi kelmarin...anakku wat hal.Bangun pagi ok je.Masa nak pergi sekolah dia taknak buka pampers, taknak pergi sekolah.Puas aku memujuknya tak nak juga.Katanya nak duk ngan Cik Amanlah ngan makcikla. Kataku Cik Aman dan Makcik pergi sekolah. Dia taknak juga. At last ayahnya dukung masuk dalam kereta.Apalagi melalakla.Aku diam aje.Melalak nak buka pampers kat rumah.
Akhirnya dia senyap juga.Ayahnya bersuara"ayah dah tanya najwan tadi kan?tapi najwan taknak juga",

Najwan menangis juga tapi akhirnya akur salah sendiri.
Tiba di taska aku terpaksa mendukungnya sebab dah merajuk dengan ayahnya.

Pagi tadi semasa dia masih tidur dan ayahnya mengejutkannya"Najwan bangun nak pergi sekolah ni, Najwan nak buka pampers kat rumah ke kat sekolah?'

Cepat-cepat dia jawab kat rumahlah ayah!

Jadinya dah takda masalah di waktu pagi lagi......

Moralnya.....jangan biasakan melayan kehendaknya....

Sunday, May 9, 2010

Susu tin ke susu ibu?

SUSU IBULAH.......
Terbaik...
terbaik.....
1. anak jarang sakit
2.rapat dengan anak hinggakan nak bangun malam pun anak cari(lemah tul-terbantut aktiviti)
3. kurus kut ibunya...
4. itu yang terbaik untuk perkembangannya....

Aku tak pernah ajar anakku minum susu guna botol walaupun dihantar ke rumah pengasuh.
Selalu orang tanya macammana nak ajar anak guna botol susu dia taknakla...
kalau maknya beri memangla dia taknak.dah terpaksa minum minum jugalah nanti.
jadi sebelum hantar kat pengasuh cakaplah kat dia apa2.walaupun anak macam tak paham tapi dia paham sebenarnya.Begitu juga nak brentikan minum susu badan aku hanya cakap saja kepada anakku dia faham dan akhirnya berenti sendiri.Mudahkan?

Wednesday, May 5, 2010

Pusar dikepala....boleh percaya ke?

Pusar satu dikepala katanya kurang nakal. Pusar dua dikepala katanya nakal sedikit. betulke?Anakku yang pertama pusar dikepalanya satu. Pada pemerhatianku orangnya lembut hati,garang juga tapi tidak lasak sangat.Seingatku dia tak pernah panjat grill pintu rumah seperti ada sesetengah budak.
Anak yang kedua Ahmad hady, berpusar dua dikepala. Semua kata dia agak lasak orangnya.Tak pasti lagi tengokla 2-3 bulan lagi. kita tengok benar ke pendapat orang tua-tua tu.Kalau pusarnya tiga????macammana ek!!!!

Tuesday, May 4, 2010

Asyik melalak jeee.......

Dulu semasa anak pertama baru lahir.Melalak je.Pada masa tu fikir sebab lahir pun vakum.Jadi kepalanya sakit.Oklah.Bergilir-gilir ngan ayahnya berjaga.Sebab bila letak bawah dia jaga.Bila digendong tidur.Begitulah sampai habis pantang.Kalau orang tua-tua ni gerenti cari air jampi. Tapi sebab aku dan suami dah moden jadi jampi sendiri je.Sampaikan aku demam-demamla penat jaga anak.Asalnya tak nak ajar naik buai tapi tak tahan kene pegang je, belilah buai.Dah ada buai kene enjut je,kalau berhenti dia melalak.Bergilirlah ngan ayahnya mengenjut.At last tak tahan juga beli buai elektrik.Lega.Pastu tido kene nyanyi pulak tu. Ibunya pun nyanyilah sampai takde suara last-last dah penat rakam kat handphone selawat suara ibunya(akula tu).Baru lega.Sekarang dah 3 tahun tak perlu buai dan nyanyi lagi.Tapi rupanya memang suka menyanyi.Agaknya masa kecil tu bukan nangis tapi nyanyi!!!!Alhamdullillah anak kedua tak kuat menangis pulak tapi bila dia nak tidur kene diam.Gitu pulak....Jadi janganlah fobia beranak lagi.

Sampah oh sampah....


Semalam, anakku yang tua Ahmad Najwan yang berusia 3 tahun bermain dengan makciknya. Bila anakku masuk ke bilik makciknya, ternampaklah plastic bungkusan makanan. Anakku bertanya makciknya”makcik ni sampah siapa yang tak buang ni?” makciknya tersipu-sipu malu.Aku pun apa lagi mengajuklah apa yang anakku katakan. Jadi apa yang aku dan suami praktikkan padanya berjaya. Sejak kecil lagi anakku telah disuruh buang sampah dalam tong sampah. Bila dia taknak suamiku akan pegang tangannya dan menyuruh anakku bawa sampahnya sambil dipimpinla.Akhirnya sampai sekarang pantang ada sampah pasti dia akan buang. Jadi aku kira bila pelajar-pelajarku suka membuang sampah merata-rata sebab tak diambil berat sangat. Aku pernah terbaca tentang kanak-kanak di Jepun dilatih mengutip sampah dengan cara mengikat plastic sampah dipinggang, bila ada sampah kena kutip. Lihat betapa serius dan displinnya mereka terhadap kebersihan. Malunya kita sebagai orang islam yang patutnya mementingkan kebersihan.Kadangkala ternampak kereta dijalanan yang sesuka hati melempar sampah. Kereta dah hebat tapi kesedaran sivik masih rendah.Betullah kata pepatah “melentur buluh biar daripada rebungnya”. Fikir-fikirkanlah……..

Monday, May 3, 2010

Anak demam....

Pening kepala bila anak demam.Ibunya sekali terasa nak demam. Tapi tak boleh, nanti sapa nak jaga anak.Anakku yang sulung selalu demam kadangkala tetibanya badannya panas.Ada satu ketika naik 39.5c. Apalagi cemaslah takut kene sawan tarik yang akan menyebabkan kecederaan otak. Nak makan ubat payah pulak tu apatah lagi nak jelum kepala di lapnya semula.Bila demam jadi garang pulak tu semua benda 'tak payah'!Tak tahu nak buat apa pergi farmasi cari ubat masuk kut bontot abis cerita. Tapi masalah pulak dia keraskan perut sampai ubat terkeluar semula. Terpaksala geletek perutnya.
Jadi, bagi yang ada anak kecil pastikanlah ada jangka suhu, ubat bontot dan selalulah mandikan bila demam. Tapi kalau mak mertua tahu ni bising. Katanya demam tak boleh mandi. Aku gaduh-gaduh ngan suami sebab mak dia kata tak yah mandi, aku kata kene mandi.Apa-apala labu janji demam kebah.