Saturday, October 16, 2010

Ponteng ......tapi dirumah.....

Salam.....
Bulan- bulan terakhir persekolahan memang sibuk. Sampaikan nak buka internet pun tak sempat tambhan pula budak nak periksa ni. Fenin makcik. Minggu lepas juga telah diadakan mesyuarat PIBG sekolahku. Menjadi salah seorang ahlil jawatankuasa memang terpaksa hadir. Seminggu tu juga aku balik jam 5 setiap hari. Fenat. Bukan ini yang aku nak ceritakan tapi .....

Semasa GPK ku membentangkan masalah sekolah......
"masalah yang dihadapi oleh sekolah sekarang ni adalah ponteng. Pelajar ni ponteng tapi berada dirumah."

Seorang ahlijawatankuasa PIBG telah mengangkat tangan dan bertanya
"Cikgu, bagaimana nak buat kalau hal ni terjadi?
Anak saya ni, memang betullah ada kat rumah dia memang tak merayau.
Pagi-pagi saya dah kejutkan, dia bangun dan mandi, jadi saya pun pergilah ke kebun, bila balik dia ada kat rumah. Saya nak buat macammana takkan nak marah?"

Dalam hatiku payah juga ni, anak sendiri pun tak boleh kawal(ya Allah ampunkan dosaku, jangan mengata nanti aanakku pulak jadi gini)

GPK ku menjawab
"encik carilah bomoh ke yang boleh bagi dia air jampi tak pun ubat -ubat minda ke yang ada kat pasaran mana tahu ada kesan."

Betul juga sebab kalau nak nasihat, GPK ku memang tak ada anak. Kami pula ahli jawatan kalangan guru semuanya muda-muda anak pun baru umur 3 tahun rasanya tak layak nak bagi nasihat.

Tapi, yang saya nampak
1. Ayah turut sangat kata anak.....tak pergi sekolah pun diam aje.suka hati kau la budak.
2. Komunikasi juga mungkin kurang, ayah tak tanya masalah anak. tak selami hatinya....
3. Tiada kata-kata semangat kenapa kena pergi sekolah dan sebagainya.....

Akibatnya...
bila cikgu rotan pun tak beri kesan sebaliknya.....
"Saya tak pergi sekolah mak ayah saya tak marah pun, cikgu pulak sibuk"

ko nak cakap macammana......tak terkedu?

kalau kita dulu....
Tak pergi sekolah mak membebel sepanjang hari
pastu kene buat kerja -kerja berat terutama jaga adik(sapa suh tak pergi sekolah)

Akhirnya
daripada kena jaga adik baiklah pergi sekolah....
lambat pun lambatlah

saya terfikir
ni baru tahun 2010
nanti zaman anak-anak membesar lagi banyak cabarannya....

jadi
sentiasalah berdoa
kan ada banyak doa-doa untuk lembutkan hati anak.
bacalah daripada sekarang
"Ya Allah kau pandukanlah kami ke jalan yang benar. berilah belas kasihanmu terhadap kami".

TELEVISYEN DAN ANAK-ANAK


Semua yang tertulis di sini adalah pemerhatian saya terhadap anak saya sendiri dan bukan kajian ilmiah mana-mana.Sekiranya kaedah yang digunakan sesuai maka gunakanlah dan ubahsuailah mana yang perlu.

Aku mula mengurangkan hobi menonton televisyen sejak anakku lahir malah setelah ada yang kedua ni lagilah nak buka facebook pun dah tak sempat. Aku juga mendengar keluhan ibubapa tentang anak-anak mereka yang gemar menonton televisyen terutama saluran kartun Ceria dan sebagainya. Kadangkala mak ayah turut terpaksa menonton kartun kegemaran anaknya walaupun berulang kali. Aku dan suami dah ajar anak jam 7 mesti tutup  tv. Memang dipatuhi . Rancangan kegemaran kita sendiri pun terpaksa ketepikan. Pukul 8 suamiku tengok berita. Dia nangis juga nak tengok tv tapi katakana padanya jam 8.30 nanti baru boleh. Bila dah 8.30 dan ayahnya dah pergi ke masjid barulah di buka cerita kartun untuknya.Kadangkala dia awal-awal dah suruh ayahnya pergi masjid sebab nak tengok kartun.

Selepas ayahnya pulang dari masjid selalunya aku dah tidur, maka suamiku akan mengajaknya tidur. Suamikulah yang melayannya berbual dan menyanyi untuknya sampailah dia tertidur. Kini, anakku sudah mengaji , kalau dia tak nak mengaji memang tak boleh tengok tv jadi dia akur.

Apa yang aku perhatikan, kadangkala anak-anak dia bukan nak tengok tv sangat tapi sebab kita takda masa nak layan dia sebab tu dia tengok tv saja nak perhatian kita kadangkala berebut saluran tv. Jadi ibu bapa kena kurangkan hobi tengok tv dan layanlah kerenah anak tu. Memang leceh kadangkala tu.Tapi kena ingat juga esok bila tua ntah-ntah kita lagi banyak kerenah,  dah anak tak nak layan . Sapa yang susah”mereka dan keluarga mereka juga”.
Moralnya luangkan masa berkualiti untuk anak anda….

Anakku sudah berperasaan.....


Najwan sudah berusia 3 tahun 5 bulan. Dia sudah berperasaan. Dia sudah memahami apa yang orang perkatakan tentangnya. Aku mula perasan semasa masih berhari raya yang lepas. Seorang budak perempuan berusia 5 tahun telah datang ke rumah dengan berpakaian raya, bersanggul comel telah berkata kepada anakku” pakai baju buruk, pakailah baju raya”. Anakku diam tapi kemudiannya telah pergi kepada suamiku dan berkata”ayah esok kita pergi raya kita pakai baju raya ye”. Aku tersenyum. Kemudian datang seorang budak lelaki jiran lama melawat. Budak lelaki ini berusia 4 tahun. Dia melihat permainan anakku dan berkata”sikitnya mainan dia, mainan kita lagi banyak”. Kemudian anakku pergi kepadaku dan bertanya” ibu mainan najwan tak de, Najwan nak cari mainan lagi yang ayah simpan atas almari”. Aku senyum lagi. Anakku sudah berperasaan. Dua hari lepas semasa aku memandikan adiknya, Hady, adikku atau makcik kepada Najwan telah bertanya”Najwan dah mandi?”. Anakku bertanya kepadaku”Ibu, Najwan dah mandi ke belum?”(sebab kadang-kadang dia tak dapat bezakan mandi malam dan mandi pagi). Aku jawab “belum”. “Najwan busuk” balas makciknya. Dia terus minta ayahnya mandikan dulu sebelum pergi ke kedai. Aku tersenyum anakku sudah berperasaan. Anakku sudah besar dan semakin mengerti. Itu anak lelaki kalau anak perempuan tak tahu la bila dia mula berperasaan.
Persekitaran kawan-kawan juga mempengaruhi anak kita. Jadi pandai-pandailah kita sebagai ibu bapa nak menerangkan sesuatu perkara.....

Saturday, August 21, 2010

Walker no walker....

Walker..... kalau semasa adikku kecil dulu emakku selalu sebut kerusi bulat.. apa apa saja yang penting sama je kedua-duanya.


Walker menjadi sangat penting pada ibu-ibu.
1. Katanya senang sikit nak buat kerja.
2. ada yang kata nanti budak akan cepat berjalan


Menurut pembacaanku yang ditulis oleh Dr Laili, beliau melarang penggunaan walker. Menurutnya budak akan tertinggal step yang sepatutnya dia lalui contohnya merangkak. Kesannya anak pelat dan sering kencing malam.
Kita sepatutnya membiarkan anak-anak menggunakan psikomotornya dengan optimum.


Semasa anak pertamaku, memang tak kuberi walker sebab kawanku selalu pesan begitu. Setelah aku baca tulisan Dr Laili baru aku faham kenapa.Pemerhatian yang kubuat anakku memang tidak pelat.Tapi ada kawanku kata kenyataan itu tak valid kerana anaknya yang perempuan naik walker tapi tak pelat pun. Cuma anaknya yang lelaki sahaja yang pelat. Nanti aku akan cuba buat pemerhatian lagi. Satu yang ketara bila anak-anak yang naik walker jalannya jinjit macam orang geli. betul tak?


Aku akan buat pemerhatian lagi...anak keduaku ini juga tidak menggunakan walker. Kalau ada idea atau pengalaman tentang membesarkan anak kongsikan bersama saya......

Anakku nakal.......kenapa?

Salam.......sudah hampir 2 minggu kita berpuasa. Semoga sentiasa menambah amalan dari sehari ke sehari.
Topik saya hari ini tentang anak nakal. Kenapa kadangkala kita tengok mak ayahnya cikgu tapi anaknya tak menjadi.Bapanya imam tapi anaknya hantu.Bapanya sembahyang pun tak pernah tapi anaknya bagus pula.Betullah dalam lagu kumpulan Raihan iman tak dapat diwarisi.


Ada rakan ku berkata, mendapat anak yang baik ni nasib katanya. Iye ke? dalam hati bukan ibu bapa ke yang mencorakkan anak?


Baru-baru ini seorang rakan saya bercerita, katanya anaknya sebelum ini nakal. tapi sekarang dah slow sikit. Katanya dia bertanya kepada orang tua-tua dan dia dah dapat jawapan. Puncanya pada dirinya sendiri!!!!Kenapa? tanya ku. kawan ku tu baik je.


Katanya mungkin hatinya belum cukup bersih. Dia cuba buang segala sifat yang tak baik dalam diri. Mohon pada Allah sekarang dia nampak perubahan pada anaknya. Dia juga berpesan, bila kita mengajar budak jangan sesekali mengata budak itu, bodohla, nakalla nanti Allah akan balas. Kita kena diam dan cakap perkara yang baik-baik sahaja. Sebab itu bila kita mengandung kita takut untuk berkata sesuatu takut terkenan.


Teringat pula semasa aku mengandung anak kedua ini.Seorang pelajarku nakal. Kakak dan abangnya baik sahaja dan putih- putih belaka.Tiba tang dia gelap dan nakal. Aku selalu berkata kepadanya"cuba kamu tanya mak kamu dia jumpa kamu kat mana? berbeza sangat dengan kakak dan abang kamu". Itulah ayat yang aku selalu ulang bila dia menunjukkan keengkaran pada arahanku. Anakku keluar gelap . Terlintas tentang budak tu.Allah beri aku cash agaknya.Tapi tak kisah sangat sebab emakku pun memang itam manis.


Jadi, moralnya jika anak kita nakal, jahat, menyakiti hati kita janganlah marah padanya seratus peratus. Sebaliknya lihat diri kita .Adakah hati kita cukup bersih?tak mengumpat orang?, tak bergaduh dengan jiran? ada ambil barang orang? ada mengata anak orang? Sebab tu orang dulu kalau anaka ada masalah mak dia mesti cakap"Ya Allah apala dosaku" tapi kalau sekadar cakap tapi tak muhasabah diri tak guna juga ye....


Berkat Ramadan ni, muhasabahlah diri selalu dan maafkanla orang sekeliling kita.......
Anak anda nakal????????

Saturday, August 14, 2010

Bila nak ajar anak mengaji ni?????

Pertama sekali aku mengajar anakku yang sulung mengaji ketika usianya genap 3 tahun bulan Jun yang lalu.

Malam pertama: dia tak nak baca…..melalak tak henti-henti.suami ku pesan kalau najwan baca , akan dapat minum susu. Kami biarkan dia menangis sampai satu tahap dia tak tahan.Dia minta susu dan ayahnya ajarkan baca iqrak dengan mudahnya dia menyebut.Maka dapatla dia susu malam itu.
Malam kedua: Selepas solat maghrib ayahnya bertanya, “Najwan nak susu?” “Taknak” jawabnya. Dia pun mainla lorinya.Kami pun pergi makan nasi, rehat, tengok tv. Sampai masa dia nak susu apa lagi ayahnya pun sua lah iqrak terpaksa dia baca.

Malam ketiga: Sama seperti malam pertama, moodnya tak baik maka melalakla dia.Tapi walau macammana pun kita sebagai ibu dan bapa kene keras hati sikitla.Tahan telinga dengar dia nangis.Tahan hati lihat dia guling2.Tak da pilihan dia akan ikut cakap kita.

Malam seterusnya dia dah faham .Maka tiada paksaan lagi dan menakjubkan dia mengingati setiap huruf dan setelah dua bulan sudah sampai ‘ra’.Oklah tu.sehari sebaris.

Buat ibu-ibu muda macam saya. Kita kena banyak sabar.memang dia takkan duduk diam semasa mengaji kadang-kadang sambil baring, sambil main, sambil meniarap.tapi kene sabar dan jangan pukul dia.anak-anak ni dia tak faham lagi.Saabarrrrr banyak-banyak! Dan kerjasama daripada ayahnya juga sangat penting.Ibu dah sibuk dengan anak kecil jadi ayahlah perlu main peranan.masa seronok bersama dan masa begini pun harus bersama.Bagaimana pengalaman anda?adakah sama seperti saya????? 

Friday, June 4, 2010

Demam,gangguan @cuaca?????

Salam.....
Pada minggu lepas atau 2 minggu lepas aku telah berbual dengan seorang jiranku. Katanya ada jiranku yang akan berpindah ke rumah mertuanya. Aku agak terkejut kerana jiranku itu baru beberapa bulan tinggal dikejiranan kami takkan nak pindah?
Katanya rumah yang didudukinya keras...
Kataku memang keras dah buat daripada batu......
Katanya anaknya dah 7 kali demam sejak duduk di sini...
Kataku bulan lepas bukan musim demam ke.anakku pun asyik demam je.kat klinik penuh dengan kanak-kanak yang demam sahaja....
Katanya entahla......
2 hari kemudian suamiku berbual pula dengan suami kepada kakak yang aku berbual tu.
Kata suaminya, aku dah mintak tangkal supaya anaknya tidak demam.....

Aku dan suamiku hanya diam sahaja sebab kami kurang sikit nak percaya kat tangkal2 ni.jin tu memang adalah tapi takanla sampai bertangkal2 takut hati terpusing percaya tangkal malebihi kuasa Allah dah bahaya ni.Nauzubillah.
Aku cuba dapatkan penjelasan daripada segi sains tentang demam ni
Sebenarnya sel dalam badan kita sentiasa mati ketika mengeliat dan bersin dan mungkin ada lagi.
Jadinya sistem imun badan kita pun adakalanya akan menurun ditambah pula kita menghadapi kekurangan air  dan vitamin dalam badan sebab itu suhu badan mula naik dan terjadilah demam.
Untuk memulihkan sel2 tersebut kita perlulah minum air dengan banyak dan buah-buahan atau tambahkan vitamin c.
Rumah yang dikatakan keras pula disebabkan pengaliran udara yang tak sempurna yang menyebabkan panas dan menyebabkan badan kita boleh demam juga.
Terima kasih kepada cikgu Hafiz atas maklumat ini.Kalau tersalah tolong betulkan saya.

Saya bertanya pula pada ustaz Nordin.....
Apa kaitannya demam dengan gangguan?????
Katanya jin telah masuk ke dalam badan kita dan mengganggu sebab itulah kita demam.Katanya jin bleh menyerupai apa2 saja dan dalam sains jin itu dipanggil virus. Bila makan ubat jin rasa panas dan dia pun keluar.
Katanya lagi demam juga boleh disebabkan oleh makanan dan ujian daripada Allah.
Bila saya ceritakan tentang jiran saya itu, ustaz berkata kalau tak sesuai memang perlu pindah, kalau beli rumah rasa tak sesuai pun kene jual dan kalau beristeri tapi isteri macam tak bawa untung juga boleh berpisah. Tapi kataku kesiannya!!!!!kalau taknak berpisah maka kene banyak-banyak buat amalan yang mulia sedekah and so on.

Cuaca, kata ustaz tidak mempengaruhi apa2.emmm
Tapi kata ustaz kalau anak ke sesapa ke demam banyak2la baca alfatihah hembus dalam air dan minum Insyaallah......

Emmm kawan-kawan rasa macammana?Ini adalah maklumat yang saya dapat daripada Ustaz Nordin kalau cerita saya ada terkurang atau lain daripada apa yang ustaz cerita.minta maaf ye. Kalau kawan-kawan ada fakta lain kongsi-kongsilah.....